asam pedas power-demo di maha 2010

(minta izin drpd areskks....terimakasih)

abang piee orang lama melaka - demo memasak asam pedas power

Sunday, December 17, 2017

Anim Agro Technology: TERNAKAN BURUNG MERPATI (Part 1)

Anim Agro Technology: TERNAKAN BURUNG MERPATI (Part 1): BURUNG MERPATI (Columba domestica) atau dalam basaha Inggeris dipanggil 'Domestic Pigeon' adalah sejenis . burung yang paling di...

Anim Agro Technology: TERNAKAN BURUNG MERPATI (Part 2)

Anim Agro Technology: TERNAKAN BURUNG MERPATI (Part 2): BURUNG MERPATI   (Columba domestica)  atau dalam basaha Inggeris dipanggil

Monday, October 10, 2016

ASAM PEDAS POWER @ TASTE SELEBRITI DI ASTRO BELLA MALAM INI

 

Jangan lupa

                  TONTON

 

              ASAM PEDAS POWER abg piee

 

                             di ASTRO BELLA malam ini

 
ASTRO Bella membawakan sebuah program menarik iaitu Taste Selebriti berkonsepkan food-travelogue dengan menampilkan 13 selebriti popular tempatan yang akan pulang ke kampung halaman masing-masing berkongsi kisah makanan tradisi, makanan unik serta juadah yang terkenal di negeri mereka.

Antara selebriti terlibat ialah Neelofa (Kelantan), Kamal Adli (Pahang), Ayu Raudhah (Kedah), Izreen Azminda (Perlis), Syatilla Melvin (Pulau Pinang), Zizan Razak (Terengganu), Mawi (Johor), Aril (Melaka), Sari Yanti (Negeri Sembilan), Fattah Amin (Selangor), Marsha Milan Londoh (Sabah), Hafiz Suip (Sarawak) dan Raja Ilya (Perak).

Taste Selebriti akan menemui penonton di saluran Astro Bella dan Astro Mustika HD, saluran 134 mulai 26 September depan pada setiap Isnin, jam 9 malam.  (sumber: Sinar Online)

Saturday, August 27, 2016

PENGGAMBARAN 'TEST ARTIST' untuk ASTRO BELLA 133 @ Asam Pedas Power



Pihak Astro akan menyiarkan sebuah program baru yang dinamakan "Test Artis".  Asam Pedas Power Abang Piee telah dipilih sebagai salah satu lokasi penggambaran, dan penggambarannya telah diadakan di kedai di Bukit China pada 18 Ogos 2016. 


Nantikan siarannya!!!!!!!!  @ Astro Bella 133


Saturday, September 20, 2014

Resep Masakan Pindang Serani Betawi

Pj Blogspot: 7 Kegunaan Air Beras

Pj Blogspot: 7 Kegunaan Air Beras: Air yang digunakan untuk membasuh beras sebenarnya mempunyai banyak faedah. Jangan dibuang air berkenaan. 1. Boleh diguna untuk menghilan...

Saturday, May 10, 2014

abang piee orang lama melaka - demo memasak (video)

Abang Piee mempersembahkan;
video rakaman di rumah, tanpa edit, tanpa superimpose, tanpa photoshop, jangkamasa sebenar untuk proses memasak di atas dapur. (video tulen, tanpa perisa tambahan, tanpa perisa tiruan, semuanya asli).  Harap maaf atas kekurangan audio dan visual.

Video ini dihasilkan;
1. untuk mempromosi makanan Melaka 
2. untuk panduan menggunakan produk yang dihasilkan oleh abang piee iaitu Serbuk Rempah Acar Power, Serbuk Rempah Asam Pedas Power, Serbuk Rempah Sup Power.  Setakat ini empat video telah dihasilkan; sila klik tajuk di bawah untuk layari video

- Acar Melaka (Serbuk Rempah Acar Power)
- Asam Pedas Melaka (Serbuk Rempah Asam Pedas Power)
- Gerang Asam (Serbuk Rempah Asam Pedas Power)
- Sup Melaka (Serbuk Rempah Sup Power)

Kepada sesiapa yang berminat, juga untuk maklumat lanjut, sila hubungi Abang Piee melalui e-mail atau telefon.


Thursday, May 1, 2014

siri demo memasak menggunakan produk rempah drpd abg piee

selain daripada acar melaka, terdapat juga asam pedas, gerang asam dan sup

Saturday, January 25, 2014

SUPPER - Sabtu @9.00 mlm @ TV9


malam ini jangan lupa menonton rancangan makan-makan 'SUPPER' di TV9.

DAN PALING JANGAN LUPA, minggu hadapan 1FEB 2014

tonton siri ke 5 pada minggu hadapan, in-sya Allah, ASAM PEDAS POWER ABANG PIEE akan ke udara.

tonton, jangan tak tonton,
kalau ter tak tonton,
sila tonton di tonton.com.my



Tuesday, October 1, 2013

OTAI ROCKERS @ asampedaspowerabangpiee

otai rockers membuktikan makan pedas giler bagus untuk asah skill dalam seni....wakaka..;
POWERRRRR....papa rock ramli sarip, drummer rahman sarbani (rock band sweet charity) dan guitarist hebat man kidal (band lefthanded) di asampedaspowerabgpiee bukit china.

yang di tengah dan bertopi; itu ler otai low profile, 'see the stomach' larrrrr




 sumber: www.budiey.com......tq

Wednesday, June 26, 2013

PROGRAM PROMOSI MAKAN KUPANG

ASAM PEDAS POWER ABANG PIEE akan bersama-sama memeriahkan program anjuran Jabatan Perikanan Malaysia dengan kerjasama Majlis Daerah Port Dickson, FAMA, LKIM, beberapa lagi agensi kerajaan, hotel serta usahawan-usahawan.  Program ini akan berlangsung;

tempat :   Dataran Seri Kemang, Port Dickson
                Batu 8, Jalan Pantai, Teluk Kemang, P.D.

tarikh   :  28 - 30 Jun 2013

waktu   :  bermula dari 9 pagi

Antara aturcara program, ialah, pameran, promosi, demonstrasi memasak dan jualan produk berasaskan kupang.  Di samping itu terdapat juga aktiviti lain seperti jualan lain-lain produk perikanan, pasar tani, "fish scooping" (untuk kanak-kanak), dll. (maklumat lanjut di http://www.dof.gov.my/public-).  Sila datang beramai-ramai.

Saturday, January 26, 2013


PES ASAM PEDAS POWER


Hasil dari pengalaman Abang Piee dalam bidang memasak,
kami ada mengeluarkan PES ASAM PEDAS POWER yang
amat mudah digunakan dan amat sesuai untuk surirumah,
peniaga restoran dan warung. Kepada yang berminat untuk jadi
pengedar, juga dialu-alukan.

 Tidak perlu menumis, hanya perlu;

* panaskan pes di dalam periuk
* masukkan air asam dan biarkan mendidih
* masukkan ikan atau daging atau ayam
* masukkan serai, daun kesom, daun limau
* tambahkan garam dan kerisik
* tambahkan bendi atau terung atau tomato

.....sedia untuk dihidangkan.......

***untuk makluman, perencah ini dalam bentuk pes dan bukan dalam bentuk serbuk seperti yang kami keluarkan sebelum ini.

Monday, December 24, 2012

MAHA 2012 - KIOSK ASAM PEDAS POWER ABANG PIEE




Menu utama sudah tentunya asam pedas berbagai jenis ikan seperti jenahak, mayong, tenggiri, pari, kembung, cincaru dan ikan air tawar seperti keli dan tilapia. Terdapat juga siakap masak tiga rasa, tenggiri masak lemak melaka dan tenggiri masak pindang portugis.
Menu paling glamour....kupang berapi


Dan semestinya air mata kucing


Menu paling popular, asam pedas ikan jenahak, kupang berapi dan lempeng kelapa.


 Aktiviti di atas pentas, bersama DJ Akim;

 .....demonstrasi  memasak daripada Abang Piee.......
dan pertandingan karaoke... wakil dari Asam Pedas Power Abang Piee


Di antara selebriti yang bersama-sama memeriahkan Laman Perikanan;
.....Chef Liza.... (telah sudi ke kiosk kami, tapi lupa nak ambil gambar ler)

  .....Chef Ismail......

......Helmi the Gimmicks

Kami dari Asam Pedas Power Abang Piee ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terimakasih kepada YB Menteri, YB Timbalan Menteri serta VVIP, VIP yang sudi singgah ke kiosk kami.  Penghargaan terimakasih juga ditujukan khas kepada Y.H. Dato' Ketua Pengarah Perikanan Malaysia yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan padu kepada kami, serta pelanggan-pelanggan yang lama dan baharu. Tidak lupa juga terimakasih diucapkan kepada kakitangan Jabatan Perikanan Putrajaya dan Melaka.

Saturday, November 17, 2012

MAHA 2012 23NOV - 2DEC Jumpa kami di sana

Asam Pedas Power Abang Piee akan bersama-sama menjayakan MAHA 2012 di Laman Perikanan, MAEPS Serdang.
Kami akan mengadakan jualan dan juga demonstrasi memasak di Laman Perikanan.
Kami juga akan mengadakan demonstrasi memasak di Rumah Negeri.
Di samping aktiviti memasak, banyak lagi aktiviti lain akan diadakan oleh pihak penganjur.
Sila datang beramai-ramai ke Laman Perikanan, MAHA 2012.  Kami hargai dan ucapkan terimakasih di atas sokongan anda.  Jumpa kami di sana.....

Wednesday, September 26, 2012

TERKINI di KG PERINGGIT, MELAKA


SELAMAT SELAMAT SELAMAT

salam buat semua....
dah lama tak update......

Selamat berpuasa (dah lepas)
Selamat aidil fitri (pun dah lepas)
Selamat menunaikan haji, semuga dapat haji mabrur

nak beritahu...
kedai di Shah Alam dah tutup
kedai dah balik kampung
buka di Kg Peringgit... depan hospital besar melaka

Selamat datang ye.....

p/s : kedai di bukit china masih ada

Saturday, January 14, 2012

berita terkini - PEMBUKAAN ASAM PEDAS POWER cawangan Dataran Otomobil



(Antara foto di premis Seksyen 15, Dataran Otomobil)

Untuk makluman, cawangan kami di Kg Bukit Naga dan di Seksyen 16 Shah Alam telah tamat operasi.

Kami kini berada di alamat ;

35-G Jalan Pahat H 15/H,
 Kompleks Otomobil (a.k.a. Dataran Otomobil),
Seksyen 15, Shah Alam

Di cawangan ini, kami beroperasi siang dan malam (22 jam). Menyediakan sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam. 
Sila hubungi Daffi 017 3648838 atau Kamel 019 7721577
 

Sunday, October 23, 2011

Monday, October 10, 2011

pemberitahuan

salam buat semua
restoran asam pedas power kami di taman setiawangsa kini telah pun berpindah ke SHAH ALAM,beralamat di blok 26 FLAT PKNS,jln dawai/2 seksyen 16,shah alam selangor....untuk keterangan lanjut sila hubungi DAFFI 017 3648838/ABG PIEE 013 2945587
SELAMAT DATANG......

dan warong asam pedas power kami di jln parameswara banda hilir melaka, kini telah pun berpindah juga di SHAH ALAM,di kg bukit naga jln kebun, bukit kemuning,seksyen 32,shah alam selangor....sila hubungi kamel 019 7721577/
abg piee 013 2945587
SELAMAT DATANG.......
TERIMA KASIH....POWER TETAP POWER

Saturday, April 30, 2011

ACAR POWER Abang Piee Orang Lama Melaka



 (lokasi :  Kg Nakhoda, Batu Caves, Selangor D.E)


Rasanya mangga, bentuknya epal, maka diberi nama mangga epal. (terkini diberitahu, ini mangga india, kalu yg mangga epal tu memang berbentuk epal, kalu yg masak pun rasanya masih terasa masam-masam, tak sesedap mangga india, tq for info.)
Mangga ni kalau dah masak, manis betul rasanya, kalau yang muda pun tak masam, tapi rasa lemak-lemak. Berat sebiji, kalau yang besau, menjangkau lebih 1.5 kg. Mak tanam tepi rumah je....berbudi pada tanah, sampai ke anak cucu cicit, tak tau berapa keturunan lagi dapat merasanya...kankankan..

Mangga ni kalau yang muda ler, buat acar pun sedap, dan kalau nak mudah gunalah Serbuk Acar Power Abg Piee ....mudah dan sedappppp...... For info, orang Melaka suka acau ikan betok (ikan puyu). Jadi, dengan menggunakan Serbuk Acar Power Abg Piee, tak payah jadi orang Melaka pun boleh masak acar ni ......betulllllllll.....
(...tukar topik, tak de ler cerita asam pedas power je kan....)