asam pedas power-demo di maha 2010

(minta izin drpd areskks....terimakasih)

abang piee orang lama melaka - demo memasak asam pedas power

Thursday, September 24, 2009

PEMBERITAHUAN ASAM PEDAS POWER

YA SALAM......SEKARANG DAH RAMAI ORG MENGAMBIL NAMA ASAM PEDAS POWER SAMAADA UNTUK MEMBUAT BLOG ATAU MENAMAKAN MASAKAN ASAM PEDAS MEREKA SEBAGAI ASAM PEDAS POWER.........ATAU MENAMAKAN PERNIAGAAN MEREKA ATAS NAMA ASAM PEDAS POWER....SAYA INGIN MEMBERITAHU BAHAWA MEREKA INI TIADA SEBARANG KAITAN DAN KENA MENGENA LANGSUNG DAN TIDAK LANSUNG DGN WARONG ABG PIEE DI JLN PUTERI HANG LI PO YG MULA MEMPERKENALKAN MASAKAN ASAM PEDAS POWER SEJAK THN 2000 LAGI, DAN SAYA MEMPUNYAI SATU LAGI KEDAI YG SAYA TELAH DAFTARKAN ATAS NAMA WARONG ASAM PEDAS POWER DI JALAN PARAMESWARA BANDA HILIR SEJAK MEI 2006 LAGI...........JADI SAYA INGIN MEMBERITAHU PELAGGAN2 BAHAWA MEREKA2 INI TIADA KENA MENGENA DAN SEBARANG KAITAN DGN ASAM PEDAS POWER YG SAYA PERKENALKAN SELAMA INI DAN MEREKA INI TIADA KAITAN LANGSUNG DGN WARONG ASAM PEDAS POWER DAN JUGA ASAMPEDASPOWERABGPIEE.BLOGSPOT.COM....SEKIAN HARAP MAKLUN DAN TERIMA KASIH

Friday, July 31, 2009

PANTUN DAHULU DAN PANTUN SEKARANG

ya salam......MARI BERPANTUN BERSAMA ASAM PEDAS POWER....

PANTUN DAHULU
nasi lemak buah bidara
sayang selasih saya lurutkan
buang emak buang saudara
kerana kasih saya turutkan.

PANTUN SEKARANG
nasi lemak daun pisang
daun selasih buah bidara
ada emak kita sayang
kita kasih sampai ke syurga.

Berpantun adalah identiti budaya Melaka, seperti Asam Pedas Power, identiti masakan Melaka...POWER TETAP POWER.......

MARI BERPANTUN DENGAN ASAM PEDAS POWER

ya salam,

Selamat Datang ke negeri Melaka, negeri yang penuh dengan sejarah,
kalau ikut lebuhraya, masuk tol jasin, air keroh atau alor gajah.

bila memandu berhati-hati, jangan gopoh-gapah dan memandu laju,
bila sampai banyak tempat boleh dilawati, kesan sejarah dan melaka maju.

ok....lain kali kita sambung pantun lagi,
tapi jangan lupa kat Asam Pedas Power kat Bukit China;
kedai dibuka dari malam sampai ke pagi,
Asam Pedas Power mesti best punya.

SELAMAT DATANG KE MELAKA dan MAKAN ASAM PEDAS POWER
......POWER TETAP POWER..........datang le ye........

Thursday, July 30, 2009

PETUA NENEK MOYANG..KALAU TERCEKIK TULANG

YA SALAM....SATU LAGI PETUA NENEK MOYANG YG DI TURUNKAN KPD ABG PIEE,KALAU ANDA MAKAN LAUK IKAN DAN TERCEKIK TULANG IKAN,CARI SESIAPA SAJA SAMAADA YG DI LAHIRKAN[DALAM KANDUNGAN MENYONGSANG]....TAK KIRA DILAHIRKAN MELALUI PEMBEDAHAN ATAU LAHIR SECARA NORMAL,...BAWA SECAWAN AIR BERSIH DAN MINTA DIA CELUPKAN KELIMA2 JARI KANANNYA KEDALAM CAWAN AIR ITU MULAKAN MEMBACA BISMILLAH SERTA SELAWAT 3X,MINUM AIR ITU DAN YAKIN....INSYAALLAH TULANG TERSEBUT AKAN KELUAR DGN MUDAH MENGIKUT AIR LIUR,INSYAALLAH DAN SELAMAT MENCUBA...............PETUA DARI ABG PIEE ASAM PEDAS POWER .......POWER TETAP POWER................

Wednesday, July 15, 2009

ASAM PEDAS MELAKA

ya salam......SELAMAT DATANG KE MELAKA

Di Melaka banyak terdapat tempat-tempat menarik untuk dilawati, terutama tapak peninggalan sejarah, kawasan rekreasi, tempat membeli-belah dan tidak lupa tempat-tempat makan yang menyediakan makanan tradisional Melaka seperti asam pedas.

Jika ke Melaka, jangan lupa singgah ke Asam Pedas Power Abg Piee di Jalan Puteri Hang Li Poh, Bukit Cina atau ke cawangan di Jalan Parameswara, Banda Hilir.
........POWER TETAP POWER.............datang ler yerrrrrrr......

Wednesday, July 8, 2009

ASAM PEDAS POWER MAKANAN POPULAR MELAKA

ya salam,

Asam pedas adalah makanan yang paling popular di Melaka. Kebanyakan mereka yang datang ke Melaka, jika tidak memakan asam pedas seolah-olah tidak lengkap lawatannya ke Melaka. Johor juga popular dengan masakan asam pedas, tetapi tidak sama dengan asam pedas Melaka. Lain tempat lain rasanya. Di Melaka, asam pedasnya terkenal dengan nama Asam Pedas Power. Satu lagi kelainan, di Melaka lebih popular dengan asam pedas ikan pari, tetapi di Johor ikan mayung (ikan duri) lebih digemari. Di Melaka, kebanyakan kedai asam pedas dibuka pada waktu malam, bersesuaian dengan suasana Melaka Bandaraya Warisan yang sentiasa hidup 24 jam, sibuk dengan pelancung-pelancung tempatan dan dari luar (domestik dan luar negara). Mungkin anda akan rasa terperanjat jika anda terlihat pelancung dari Eropah yang sedang menghirup kuah asam pedas, begitulah keunikan citarasa masakan asam pedas Melaka.

Jika ke Melaka, jangan lupa ke Asam Pedas Power Abg Piee..........POWER TETAP POWER....... datang lerrrrrrrr..............

Friday, July 3, 2009

MELANCONG KE MELAKA MAKAN ASAM PEDAS POWER

Salam daripada warung Asam Pedas Power Abg Piee.

Selamat Datang ke Melaka, melawat Melaka seperti melawat Malaysia.

Melaka sebuah negeri yang penuh dengan sejarah. Dalam perkembangan sejarah Islam, Melaka adalah tempat mula bertapak sehingga berkembangnya ugama ini di seluruh Nusantara, dan hari ini, Islam merupakan ugama terbesar di rantau ini. Di Melaka, masih banyak terdapat masjid-masjid lama dengan keunikan senibinanya yang masih bertahan sehingga kini dan masih lagi berfungsi seperti, masjid Kampung Hulu, masjid Kampung Keling, masjid Tengkera, masjid Kampung Duyung, masjid Kampung Peringgit, masjid Tanjung Kling dan masjid Kampung Alai. Ciri utama dapat dilihat dari bentuk bumbung dan menara masjid yang bercirikan senibina China. Keunikan ini dikekalkan dalam senibina masjid negeri Melaka (Masjid Al Azim) dan masih banyak lagi masjid-masjid lain yang mengekalkan senibina asal walaupun setelah melalui banyak proses pengubahsuaian.

Bila datang ke Melaka, jangan lupa yerrrrr...... datang ke Asam Pedas Power Abg Piee....... POWER TETAP POWER..........

Monday, June 29, 2009

PETUA NENEK MOYANG

ya salam,
hari ni nak beri petua makan ikaN BERTULANG.......bila makan ikan bertulang kena makan isi dan buang tulang..................kena makan isi ajerrrr dan buang tulang...........dijamin takkan tercekik tulang..........petua dari moyang ABG PIEE..................INGAAAAAAAAAAAAAT..!!
POWER TETAP POWER........

Thursday, June 25, 2009

PETA LOKASI WARUNG ASAM PEDAS POWER BUKIT CHINA

Kalau inginkan peta lokasi warung Asam Pedas Power di Jalan Puteri Hang Li Poh, Bukit China, Melaka, sila layari laman web kami di www.hotfrog.com.my/Companies/Asam-Pedas-Power-Abg-Piee

Kami juga mempunyai sebuah lagi cawangan Asam Pedas Power, iaitu di Jalan Parameswara, Banda Hilir, Melaka, jalan ke arah penjara Banda Hilir. Menu dan waktu perniagaan, adalah sama seperti di Bukit China. Datang ler ramai-ramai ye.........POWER TETAP POWER.......

Sunday, June 21, 2009

MENU BARU:ASAM PEDAS POWER IKAN KELI KAMPUNG ORGANIK

Sekarang ni dah mula ada menu baru...masak asam pedas power ikan keli yang dijamin halal dan suci. Keli2 ni dibela sendiri oleh Abg Piee, baka kampung (keli bunga) diberi makan secara organik, isinya halus, tidak berbau, dan rasanya sungguh enak. Kena pulak dgn masakan Asam Pedas Power....bila dah rasa gerenti nak makan lagi. Kpd peminat keli, datang ler... yg tak minat cuba2 ler......POWER TETAP POWER....

Sunday, May 3, 2009

BUTIRAN

Lokasi: berhadapan dengan perigi Puteri Hang Li Poh, Bukit China, Melaka.

Masa Niaga: 7ptg hingga 4pagi

Menu: menyediakan makanan laut....'specialties' Asam Pedas Power, dgn pilihan ikan-ikan segar spt pari, jenahak, siakap, cencaru, kembung/mambung dll... kupang/kerang/lala BERAPI, dll


ENAK RASA BERTARAF HOTEL TAPI PADA HARGA WARUNG..

Monday, March 30, 2009

i did it...