asam pedas power-demo di maha 2010

(minta izin drpd areskks....terimakasih)

SIRI DEMO MEMASAK MENGGUNAKAN PRODUK REMPAH DARIPADA ABANG PIEE layari YouTube

Loading...

abang piee orang lama melaka - demo memasak asam pedas power

Monday, December 24, 2012

MAHA 2012 - KIOSK ASAM PEDAS POWER ABANG PIEE




Menu utama sudah tentunya asam pedas berbagai jenis ikan seperti jenahak, mayong, tenggiri, pari, kembung, cincaru dan ikan air tawar seperti keli dan tilapia. Terdapat juga siakap masak tiga rasa, tenggiri masak lemak melaka dan tenggiri masak pindang portugis.
Menu paling glamour....kupang berapi


Dan semestinya air mata kucing


Menu paling popular, asam pedas ikan jenahak, kupang berapi dan lempeng kelapa.


 Aktiviti di atas pentas, bersama DJ Akim;

 .....demonstrasi  memasak daripada Abang Piee.......
dan pertandingan karaoke... wakil dari Asam Pedas Power Abang Piee


Di antara selebriti yang bersama-sama memeriahkan Laman Perikanan;
.....Chef Liza.... (telah sudi ke kiosk kami, tapi lupa nak ambil gambar ler)

  .....Chef Ismail......

......Helmi the Gimmicks

Kami dari Asam Pedas Power Abang Piee ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terimakasih kepada YB Menteri, YB Timbalan Menteri serta VVIP, VIP yang sudi singgah ke kiosk kami.  Penghargaan terimakasih juga ditujukan khas kepada Y.H. Dato' Ketua Pengarah Perikanan Malaysia yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan padu kepada kami, serta pelanggan-pelanggan yang lama dan baharu. Tidak lupa juga terimakasih diucapkan kepada kakitangan Jabatan Perikanan Putrajaya dan Melaka.

Saturday, November 17, 2012

MAHA 2012 23NOV - 2DEC Jumpa kami di sana

Asam Pedas Power Abang Piee akan bersama-sama menjayakan MAHA 2012 di Laman Perikanan, MAEPS Serdang.
Kami akan mengadakan jualan dan juga demonstrasi memasak di Laman Perikanan.
Kami juga akan mengadakan demonstrasi memasak di Rumah Negeri.
Di samping aktiviti memasak, banyak lagi aktiviti lain akan diadakan oleh pihak penganjur.
Sila datang beramai-ramai ke Laman Perikanan, MAHA 2012.  Kami hargai dan ucapkan terimakasih di atas sokongan anda.  Jumpa kami di sana.....

Wednesday, September 26, 2012

TERKINI di KG PERINGGIT, MELAKA


SELAMAT SELAMAT SELAMAT

salam buat semua....
dah lama tak update......

Selamat berpuasa (dah lepas)
Selamat aidil fitri (pun dah lepas)
Selamat menunaikan haji, semuga dapat haji mabrur

nak beritahu...
kedai di Shah Alam dah tutup
kedai dah balik kampung
buka di Kg Peringgit... depan hospital besar melaka

Selamat datang ye.....

p/s : kedai di bukit china masih ada

Saturday, January 14, 2012

berita terkini - PEMBUKAAN ASAM PEDAS POWER cawangan Dataran Otomobil



(Antara foto di premis Seksyen 15, Dataran Otomobil)

Untuk makluman, cawangan kami di Kg Bukit Naga dan di Seksyen 16 Shah Alam telah tamat operasi.

Kami kini berada di alamat ;

35-G Jalan Pahat H 15/H,
 Kompleks Otomobil (a.k.a. Dataran Otomobil),
Seksyen 15, Shah Alam

Di cawangan ini, kami beroperasi siang dan malam (22 jam). Menyediakan sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam. 
Sila hubungi Daffi 017 3648838 atau Kamel 019 7721577