asam pedas power-demo di maha 2010

(minta izin drpd areskks....terimakasih)

SIRI DEMO MEMASAK MENGGUNAKAN PRODUK REMPAH DARIPADA ABANG PIEE layari YouTube

Loading...

abang piee orang lama melaka - demo memasak asam pedas power

Thursday, September 16, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Ana ente pisang kelat
Minta maaf jika service lambat.
Ana ente pisang raja
Minta maaf jika ada kureng pada citarasa.
Ana ente pisang batu
Sekarang dah tambah menu baru

kalau nak tau, bacalah posting yang lalu.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 
daripada semua staf di ASAM PEDAS POWER   

Sunday, September 5, 2010

SALAM RAMADHAN DARIPADA ASAMPEDASPOWERABGPIEE

YA SALAM........sekarang kami  mengadakan sedikit tambahan pada menu masakan kami. Atas permintaan segelintir daripada pelanggan kami yg tidak tahan dgn ke'power'an ASAM PEDAS POWER kami yg dah memang terkenal dgn asam pedas yg mempunyai KEPEDASAN TERLAMPAU....maka kini kami telah menambah satu menu baru yg masih mengekalkan cita rasa asam pedas melaka yg 'ori'....... ASAM PEDAS  KAMPONG yg mempunyai KEPEDASAN MENDATAR .....Kepada pelanggan kami yg ingin merubah citarasa asampedas yg memang dah hampir 10thn kami perkenalkan sebagai menu utama di kedai kami,kini  boleh le order menu asam pedas dlm tiga cita rasa:

1.ASAM PEDAS POWER yg memang tetap diminati citarasanya oleh pelanggan kami yg datang dari pelbagai golongan, kaum dan tempat, ramai dari kl,jb,seremban,port klang,selangor, juga dari perak,penang dan kedah.....dan juga ada pelanggan dari singapura,kepulauan riau indonesia dan juga pelancong barat yg nak mencuba makanan yg mereka kenali sebagai LOCAL FOOD,*****
2.ASAM PEDAS SEMI POWER dgn kepedasan cuma  50% aje ***
3.ASAM PEDAS KAMPONG dgn kepedasannya cuma 20% aje *

Ketiga-tiga pilihan menu asam pedas di atas adalah menu masakan MELAKA yg ORI dan mempunyai aroma yg meNGANCAM....anda boleh membuat pilihan semasa membuat oder, selepas anda pasti masakan yg mana di antara ketiga-tiga menu tadi yg anda gemari.

Kami juga kini menyediakan masakan berasaskan daging...RUSA,KAMBING, TETEL dan AYAM untuk dimasak asam pedas atau lebih di kenali di melaka sebagai MASAK GERANG ASAM
Masakan ini yg lebih sesuai dgn bahan berasaskan DAGING, merupakan menu popular (bahkan wajib) di majlis-majlis kenduri perkahwinan di melaka khususnya di daerah melaka tengah. Masakan ini mempunyai satu citarasa yg unik sekali dan aromanya yg memang mengancam selera dan hanya sebilangan org saja yg punya kemahiran untuk memasaknya.

Jadi, tunggu ape lagi, mari lerrrr.... ke ASAM PEDAS POWER Abg Piee...POWER TETAP POWER

** kadar kepedasan mengikut piawaian Abg Piee.....kahkahkah....

Saturday, August 28, 2010


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

POWER..............

POWER..............

ASAM PEDAS POWER SETIAWANGSA

ya salam,

untuk memudahkan anda mencari, lokasi kedai kami ialah di;

bersebelahan balai polis setiawangsa
berhadapan stesen minyak petronas/pasaraya giant/mcdonald/pejabat pos setiawangsa

di bulan ramadhan ini, perniagaan kami bermula dari pukul 6petang hingga pukul 5pagi,
untuk sebarang pertanyaan sila hubungi no 012 2478339(Daffi),
selamat datang dan selamat menjamu selera.......POWER TETAP POWER

Thursday, July 22, 2010

PEMBUKAAN CAWANGAN BARU DI KUALA LUMPUR

Di atas permintaan ramai pelanggan kami dari Kuala Lumpur yang selalu berkunjung ke warung asam pedas POWER di Jalan Puteri Hang Li Poh, maka kami telah membuka cawangan baru di Kuala Lumpur beralamat di;

43G, Jalan Setiawangsa 11, Taman Setiawangsa
-bersebelahan Balai Polis Setiawangsa
-berhadapan Petronas/Giant/McDonald/Pejabat Pos

Masih mengekalkan citarasa yang sama, asam pedas POWERRRRRR, masak BERAPIIIII.. datang yaaaaa, POWER TETAP POWER