YA SALAM........sekarang kami mengadakan sedikit tambahan pada menu masakan kami. Atas permintaan segelintir daripada pelanggan kami yg tidak tahan dgn ke'power'an
ASAM PEDAS POWER kami yg dah memang terkenal dgn asam pedas yg mempunyai
KEPEDASAN TERLAMPAU....maka kini kami telah menambah satu menu baru yg masih mengekalkan cita rasa asam pedas melaka yg 'ori'.......
ASAM PEDAS KAMPONG yg mempunyai
KEPEDASAN MENDATAR .....Kepada pelanggan kami yg ingin merubah citarasa asampedas yg memang dah hampir 10thn kami perkenalkan sebagai menu utama di kedai kami,kini boleh le order
menu asam pedas dlm tiga cita rasa:
1.
ASAM PEDAS POWER yg memang tetap diminati citarasanya oleh pelanggan kami yg datang dari pelbagai golongan, kaum dan tempat, ramai dari kl,jb,seremban,port klang,selangor, juga dari perak,penang dan kedah.....dan juga ada pelanggan dari singapura,kepulauan riau indonesia dan juga pelancong barat yg nak mencuba makanan yg mereka kenali sebagai LOCAL FOOD,*****
2.
ASAM PEDAS SEMI POWER dgn kepedasan cuma 50% aje ***
3.
ASAM PEDAS KAMPONG dgn kepedasannya cuma 20% aje *
Ketiga-tiga pilihan menu asam pedas di atas adalah menu masakan MELAKA yg ORI dan mempunyai aroma yg meNGANCAM....anda boleh membuat pilihan semasa membuat oder, selepas anda pasti masakan yg mana di antara ketiga-tiga menu tadi yg anda gemari.
Kami juga kini menyediakan masakan berasaskan daging...RUSA,KAMBING, TETEL dan AYAM untuk dimasak asam pedas atau lebih di kenali di melaka sebagai
MASAK GERANG ASAM.
Masakan ini yg lebih sesuai dgn bahan berasaskan DAGING, merupakan menu popular (bahkan wajib) di majlis-majlis kenduri perkahwinan di melaka khususnya di daerah melaka tengah. Masakan ini mempunyai satu citarasa yg unik sekali dan aromanya yg memang mengancam selera dan hanya sebilangan org saja yg punya kemahiran untuk memasaknya.
Jadi, tunggu ape lagi, mari lerrrr.... ke
ASAM PEDAS POWER Abg Piee...POWER TETAP POWER
** kadar kepedasan mengikut piawaian Abg Piee.....kahkahkah....