asam pedas power-demo di maha 2010

(minta izin drpd areskks....terimakasih)

abang piee orang lama melaka - demo memasak asam pedas power

Saturday, April 30, 2011

ACAR POWER Abang Piee Orang Lama Melaka



 (lokasi :  Kg Nakhoda, Batu Caves, Selangor D.E)


Rasanya mangga, bentuknya epal, maka diberi nama mangga epal. (terkini diberitahu, ini mangga india, kalu yg mangga epal tu memang berbentuk epal, kalu yg masak pun rasanya masih terasa masam-masam, tak sesedap mangga india, tq for info.)
Mangga ni kalau dah masak, manis betul rasanya, kalau yang muda pun tak masam, tapi rasa lemak-lemak. Berat sebiji, kalau yang besau, menjangkau lebih 1.5 kg. Mak tanam tepi rumah je....berbudi pada tanah, sampai ke anak cucu cicit, tak tau berapa keturunan lagi dapat merasanya...kankankan..

Mangga ni kalau yang muda ler, buat acar pun sedap, dan kalau nak mudah gunalah Serbuk Acar Power Abg Piee ....mudah dan sedappppp...... For info, orang Melaka suka acau ikan betok (ikan puyu). Jadi, dengan menggunakan Serbuk Acar Power Abg Piee, tak payah jadi orang Melaka pun boleh masak acar ni ......betulllllllll.....
(...tukar topik, tak de ler cerita asam pedas power je kan....)

Monday, April 25, 2011

UITM YOUTH MEDIA CARNIVAL 2011 (2 & 3 APRIL) DI DATARAN PAHLAWAN MEGAMALL MELAKA

Sekali lagi seperti semester-semester lepas, para pelajar semester akhir Diploma Komunikasi & Media, FKPM, UiTM Melaka telah menganjurkan Karnival Komunikasi dan Media untuk projek akhir tahun mereka. Untuk semester ini, UiTM Alor Gajah telah menganjurkan Youth Media Carnival 2011 di Dataran Pahlawan yang telah menghimpunkan lebih dari 30 organisasi media seluruh Malaysia.

Salah satu projek pelajar ialah program TV3 Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) dan ASAM PEDAS POWER Abang Piee telah dijemput untuk memeriahkan karnival.








....anak-anak JJCM.....afiq, suzy, diana, nizar, sue dan syaz...

Terimakasih diucapkan khasnya kepada anak-anak JJCM...semuga cemerlang di dunia dan akhirat

.

Friday, April 8, 2011

telah melakukan satu anjakan paradigma


dari pengalaman memasak selama ini, kini abg piee dah mula mengeluarkan pelbagai perencah masakan seperti perencah asam pedas power,perencah acar power,kari power,sup power dan tepong goreng ayam power,semua perencah tersebut ( all in one),amat mudah sekali untuk memasak semudah 1,2 dan 3////// siapppppp....semua perencah tersebut mengunakan logo jenama ABGPIEE orang lama melaka, dikeluarkan oleh ABANG PIEE ORANG LAMA ENT.Kepada yg berminat boleh hubungi abg piee di 013 2945587 atau email ke asampedaspowerabgpiee@gmail.com atau aporglama@gmail.com......sesuai untuk peniaga2 restoran dan warong dan suri rumah,t.kasih