Menu utama sudah tentunya asam pedas berbagai jenis ikan seperti jenahak, mayong, tenggiri, pari, kembung, cincaru dan ikan air tawar seperti keli dan tilapia. Terdapat juga siakap masak tiga rasa, tenggiri masak lemak melaka dan tenggiri masak pindang portugis.
Menu paling glamour....kupang berapi
Dan semestinya air mata kucing
Menu paling popular, asam pedas ikan jenahak, kupang berapi dan lempeng kelapa.
Aktiviti di atas pentas, bersama DJ Akim;
.....demonstrasi memasak daripada Abang Piee.......
dan pertandingan karaoke... wakil dari Asam Pedas Power Abang Piee
Di antara selebriti yang bersama-sama memeriahkan Laman Perikanan;
.....Chef Liza.... (telah sudi ke kiosk kami, tapi lupa nak ambil gambar ler)
.....Chef Ismail......
......Helmi the Gimmicks
Kami dari Asam Pedas Power Abang Piee ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terimakasih kepada YB Menteri, YB Timbalan Menteri serta VVIP, VIP yang sudi singgah ke kiosk kami. Penghargaan terimakasih juga ditujukan khas kepada Y.H. Dato' Ketua Pengarah Perikanan Malaysia yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan padu kepada kami, serta pelanggan-pelanggan yang lama dan baharu. Tidak lupa juga terimakasih diucapkan kepada kakitangan Jabatan Perikanan Putrajaya dan Melaka.