Jangan lupa
TONTON
ASAM PEDAS POWER abg piee
di ASTRO BELLA malam ini
ASTRO Bella membawakan sebuah program menarik iaitu Taste Selebriti berkonsepkan food-travelogue dengan menampilkan 13 selebriti popular tempatan yang akan pulang ke kampung halaman masing-masing berkongsi kisah makanan tradisi, makanan unik serta juadah yang terkenal di negeri mereka.
Antara selebriti terlibat ialah Neelofa (Kelantan), Kamal Adli (Pahang), Ayu Raudhah (Kedah), Izreen Azminda (Perlis), Syatilla Melvin (Pulau Pinang), Zizan Razak (Terengganu), Mawi (Johor), Aril (Melaka), Sari Yanti (Negeri Sembilan), Fattah Amin (Selangor), Marsha Milan Londoh (Sabah), Hafiz Suip (Sarawak) dan Raja Ilya (Perak).
Taste Selebriti akan menemui penonton di saluran Astro Bella dan Astro Mustika HD, saluran 134 mulai 26 September depan pada setiap Isnin, jam 9 malam. (sumber: Sinar Online)